'Wanita terpantas di dunia' meninggal dunia akibat kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba wanita terpantas kategori empat roda di dunia, Jessi Combs yang juga merupakan personaliti TV dilaporkan meninggal dunia dalam satu insiden kemalangan melibatkan sebuah kereta bernadikan enjin jet 52,000 hp di Oregon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jessie Combs memperoleh gelaran wanita terpantas setelah berjaya mencapai kelajuan tertinggi 640 km/j pada tahun 2013, sebelum memperbaiki catatan tersebut dengan jentera North American Eagle Supersonic Speed Challenger dengan kelajuan 777 km/j tahun lalu.

Kematian Jessie Combs disahkan sendiri oleh rakan sepasukannya pada pagi semalam. 

Sebagai makluman, Combs juga sebelum ini pernah tampil dalam beberapa rancangan TV termasuklah Overhaulin', All Girls Garage, dan juga Mythbusters.

Awal bulan yang lalu, Combs pernah memuat naik status Twitter yang berbunyi: 

 


Jessie Combs meninggal dunia dalam usianya 36 tahun.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Informasi
Untuk memecahkan stereotaip yang telah lama membelenggu, Kegani Racing Academy telah memperkenalkan…
Berita Global
Dalam satu hantaran di Facebook, Schmitz menjelaskan beliau tidak dapat bertanding di dalam acara…