Wanita memandu lebih cuai dan berbahaya berbanding lelaki!

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, heboh mengenai isu wanita yang dikatakan memandu lebih berbahaya daripada lelaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wujud dakwaan bahawa hampir setengah juta kemalangan jalan raya yang berlaku di United Kingdom (UK) berpunca daripada kecuaian pemandu wanita.

 

 

Menurut sumber itu lagi, punca kemalangan itu terjadi adalah dipercayai akibat fikiran pemandu wanita sering melayang ketika di jalan raya.

Seorang pesalah trafik, Laura Brayshaw (gambar bawah) yang mengaku bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian penunggang basikal di Dorset dalam kenyataannya berkata, kemalangan tersebut berlaku terlalu pantas selain meletakkan dirinya dalam keadaan trauma akibat terkejut.

 

 

 

"Ketika kejadian, tangan dan mata saya sememangnya fokus terhadap pemanduan. Cuma fikiran saya lebih terarah untuk memikirkan mengenai jadual urusan peribadi yang agak padat semasa nahas berlaku.

"Sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, hampir setiap hari saya berdepan tekanan menguruskan rumah tangga," akui Laura.

 

 

Jelas wanita tersebut, jadual yang agak padat memaksanya melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa seperti mengambil anak di sekolah, ke pasaraya bagi membeli barangan keperluan dapur, menata rias wajah dan mengendalikan pesanan mesej daripada pelanggan menerusi aplikasi Whatsapp selain menyambut panggilan telefon.

Beberapa saat sebelum nahas berlaku, Laura terdahulu dikatakan sedang berpaling ke bahagian tempat duduk belakang sambil memarahi anaknya yang terlupa memakai tali pinggang keledar ketika itu.

Berita Berkenaan

Informasi
Kajian oleh firma bernama Zutobi itu menyenaraikan Afrika Selatan sebagai negara paling berbahaya…
Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden…
Berita Domestik
  "Polis telah mengenal pasti kesemua kenderaan terlibat dan memohon kerjasama pemilik kenderaan…