Kejadian dipercayai berlaku ketika pasangan suami isteri itu yang menaiki lori ais satu tan jenis Isuzu dalam perjalanan menghantar bungkusan ais ke kedai dan merempuh belakang treler.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi sebaik panggilan diterima jam 5.15 pagi.
“Wanita itu disahkan maut di lokasi kejadian, manakala suaminya yang juga pemandu cedera ringan, sementara pemandu treler tidak cedera.
“Mayat dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dihantar ke hospital oleh ambulans,” katanya.