Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11.05 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Fortuner terbabas dan terbalik, dan terdapat dua mangsa.
“Seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian, manakala mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala lelaki yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 12 tengah hari.