Wanita maut sari tersangkut pintu kereta api

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang wanita berusia 35 tahun maut diseret kereta api sejauh 25 meter selepas sari yang dipakainya tersangkut pada pintu gerabak, lapor laman berita The Indian Express pada Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Reena, mengalami kecederaan otak dan dada akibat insiden itu. Dia diseret beberapa meter selepas sebuah kereta api bawah tanah, Metro Delhi mula bergerak. Kereta api itu tidak berhenti walaupun orang ramai dikatakan telah cuba menghubungi pengendalinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wanita tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Safdarjung di mana dia disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu.

Menurut doktor, Reena kritikal apabila dia tiba di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Pesuruhjaya keselamatan kereta api Metro berkata, siasatan telah dilancarkan berhubung kejadian itu. 

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), Reena dilihat sudah memasuki kereta api, namun dia berpatah balik untuk mengambil anaknya yang berada di luar. Insiden terjadi pada petang Khamis, Reena dalam perjalanan ke majlis perkahwinan bersama anaknya.

 

Agensi

.