Wanita maut kereta terjunam dalam parit

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG wanita maut selepas kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit di Jalan Chui Chak- Langkap, Teluk Intan.

Mangsa Nurul Fatihah Ismail, 29 tahun disahkan maut di tempat kejadian manakala tunangnya berusia 30 tahun serta adik perempuan yang belum dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketiga-ketiga mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Civic dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kampung Gajah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.28 petang.

"Setibanya di lokasi, lelaki berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam manakala dua wanita masih berada dalam kenderaan terbabit.

" Pemeriksaan mendapati mereka tidak tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa terus digerakkan," katanya.

Ujar beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan dan operasi tamat pada jam 7.23 petang