Wanita maut dihempap kenderaan terjunam

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita maut akibat dihempap kereta yang terjunam dari ketinggian enam meter selepas merempuh tembok konkrit setelah terbabas di perkarangan Kondominium Green Lane Park, di Jelutong, Georgetown, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mangsa Kim Hui Ping, 49 tahun dari Taman Desa Damai, Bukit Mertajam di sini, disahkan maut di tempat kejadian.

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi.

 

terjunam 3

 

"Terdahulu, sebuah Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 71 tahun dipercayai terbabas lalu terjunam dari ketinggian 20 kaki (enam meter) lalu menghempap mangsa yang sedang berjalan di bahagian bawah.

 

"Pemandu kenderaan terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan lalu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

 

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut.

 

gambar terjunam

 

* Laporan penuh di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…