Wanita maut, 7 cedera kenderaan bertembung

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG wanita maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Kayan, Sitiawan.

Dalam kejadian pukul 5.32 petang itu, mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan disahkan maut di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika kejadian, mangsa menaiki kereta jenis Proton Persona yang dipandu suaminya bersama dua anak lelaki mereka.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.32 petang.

"Kemalangan itu melibatkan dua jenis kenderaan iaitu kereta jenis Proton Persona dan sebuah pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux telah bertembung.

“Kemalangan itu menyebabkan empat mangsa iaitu seorang lelaki serta dua kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Proton Persona cedera manakala seorang penumpang kereta itu maut dalam kejadian itu.

Jurucakap itu berkata, dua lelaki dan dua wanita yang menaiki pacuan empat roda itu turut cedera.

Katanya, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Manjung untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.24 malam.