Wanita isi minyak Lamborghini sambil rakam video dikecam netizen

oleh SALINA JALIL|
Orang awam mengetahui penggunaan telefon bimbit di stesen minyak boleh menyebabkan kita terdedah kepada risiko kebakaran dan akan merbahayakan pengguna yang lain. Namun ada juga segelintir individu yang tidak mematuhi larangan tersebut dan selamba menggunakan telefon bimbit semasa sedang mengisi minyak.


Seorang wanita dikecam pengguna media sosial berikutan tindakannya mengisi petrol kenderaan jenis Lamborghini sambil merakam video menggunakan telefon bimbit, sekali gus mengambil ringan faktor keselamatan.

 

Menerusi video tular di media sosial, wanita itu mahu menunjukkan kepada pengguna jumlah bayaran bagi isian penuh untuk supercar itu iaitu sebanyak RM400.

 

Berdasarkan komen ditinggalkan pengguna media sosial, mereka mengecam perbuatan wanita tersebut, malah mengingatkannya mengenai larangan penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.

 

“Tidak reti fikir bab keselamatan diri, orang lain dan premis minyak. Menyusahkan orang,” kata seorang pengguna laman sosial.

 

“Bila pergi sekolah, tapi tidak tahu undang-undang. Di stesen minyak tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit,” marah seorang lagi pengguna.

 

Pelbagai lagi komen-komen 'pengajaran' telah disampaikan oleh para netizen. Beringatlah, demi kepentingan kita dan pengguna yang lain .

 

1

 

 

2

-KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Imej beresolusi rendah yang dikongsikan oleh beberapa akaun Instagram itu memperlihatkan pengganti…
Berita Global
Dengan unit penghasilan sekitar 1,499 unit sahaja, sudah pasti harga jualannya di luar batasan…
Berita Global
Lamborghini Veneno yang anda lihat ini merupakan unit roadster nombor dua daripada hanya sembilan…