Wanita ini ubah Tesla Model 3 jadi trak pikap ute!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Elon Musk sebelum ini mendedahkan bahawa trak pikap pertama dari Tesla akan diperkenalkan secara rasmi menjelang musim panas ini.

Mungkin disebabkan untuk menunggu trak pikap elektrik dari Tesla agak lama, wanita ini membuat keputusan drastik dengan membeli sebuah Tesla Model 3 dan mengubahnya menjadi sebuah trak pikap ute.

 

Simone Giertz

Menurut Simone Giertz, beliau memerlukan sebuah ute elektrik bagi mengangkut muatan kayu dan mayat (?), namun casis yang digunakan oleh Tesla Model S agak sukar untuk dimodifikasi disebabkan ia diperbuat daripada aluminium.

Setelah berfikir panjang, beliau memutuskan bersama rakan-rakannya untuk membeli sebuah Tesla Model 3 serba baharu varian asas (Standard Range) yang lebih murah berbanding unit terpakai Tesla Model 3 Long Range.
 


Casis keluli yang dipakai pada Tesla Model 3 pula adalah lebih mudah untuk menjalankan proses modifikasi bagi mengubah separuh belakang sedan tersebut menjadi sebuah trak pikap ute. 

Antara perkara pertama yang dilakukan oleh pasukan Giertz adalah membuka segala panel pintu, tingkap dan bonet belakang sebelum memotong seksyen bumbung di bahagian belakang.

 


Mereka kemudian memperkukuhkan struktur belakang sebelum memuatkan truck bed yang diperoleh daripada Ford F-150 yang terbengkalai dan sebuah rak kustom.

Hasil akhir, Truckla (Trak pikap Tesla) itu nampak mengkagumkan jika dilihat sekali pandang, namun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat struktur yang tidak sejajar dan terdapat ruang (gap) kecil di mana pintu belakang asal dimuatkan. 

 


Namun, menurut Giertz masih terdapat banyak perkara yang perlu diteliti sebelum benar-benar boleh menggunakan Truckla di dalam dunia sebenar. 

Anda boleh melihat progres modifikasi yang dibuat oleh Giertz menerusi pautan di bawah.

 

Amaran: bahasa yang digunakan oleh wanita ini tidak sesuai didengari di pejabat, atau dalam bahasa mudah NSFW.