WANITA GUNAKAN KERETA ELEKTRIK UNTUK HIDUPKAN MESIN DIALISIS ANAKNYA

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, di Queensland, Australia, seorang wanita menggunakan kereta eletrik (EV) BYD miliknya untuk menghidupkan mesin dialisis anaknya selepas ribut besar melanda menyebabkan bekalan elektrik terputus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan The Guardian, selepas bencana alam tersebut berlaku di daerah itu pada hari Krismas, wanita tersebut yang dikenali Kristy Holmes menggunakan kereta BYD Atto 3nya untuk menghidupkan mesin dialisis anak lelakinya yang berusia 11 tahun.

Holmes memberitahu bahawa anaknya, Levi yang sedang menunggu untuk menerima pemindahan buah pinggang, mungkin nyawa anaknya dalam bahaya jika mesin dialisis buah pinggang itu tidak berfungsi.

 

byd

 

Oleh itu, Holmes mengambil langkah bijak dengan menggunakan Atto 3 untuk mengecas peralatan rumah dengan lebihan kuasa daripada bateri kereta tersebut.

"Kami hanya perlu menggunakannya untuk satu malam dan kami boleh menjalankannya sekurang-kurangnya empat malam, kemudian perlu mengecas kereta di suatu tempat." kata Holmes kepada The Guardian.

"Ia sebuah kereta paling menakjubkan pernah saya miliki dan kini ia dapat menyelamatkan anak saya semasa ribut, saya tidak fikir saya akan kembali ke kereta petrol lagi," tambahnya.

Keluarga itu juga telah menggunakan kelebihsn pengecasan Atto tersebut untuk tujuan yang lain, termasuk memanaskan wain sebelum menonton filem.

Hakikat bahawa sesetengah EV mampu bertindak sebagai penjana kuasa menjadikannya sangat berguna semasa bekalan elektrik terputus yang disebabkan oleh cuaca melampau dan bencana alam.

Pada tahun 2022 ketika Taufan Ian melanda di Florida, Amerika Syarikat, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley menyiarkan di media sosial X bahawa terdapat mangsa yang menggunakan pikap trak elektrik Ford F-150 sebagai sumber jana kuasa untuk memasak dan lampu.

Dalam jangka masa panjang, pengecasan dua hala boleh menyediakan sumber kuasa sementara yang berharga bukan sahaja untuk rumah tetapi juga untuk grid tenaga yang lebih luas dan boleh digunakan ketika bencana alam berlaku

 

SUMBER : Business Insider

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…