Wanita ditahan curi kereta peronda depan balai polis

oleh Mohamad Hanif|
Seorang wanita berusia 38 tahun telah ditahan di Massachusetts selepas didapati mencuri sebuah kereta peronda di depan balai polis Malden dan cuba untuk melarikan diri dalam adegan kejar mengejar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tersebut berlaku jam 11 malam Selasa lalu apabila seorang pegawai polis meletakkan kereta peronda di depan balai polis untuk mengiring saksi kes sebelum mendapati kereta tersebut hilang.

Kereta yang dicuri itu kemudian dikesan oleh anggota polis yang meronda di kawasan Zakim Bridge dan berjaya diberkas selepas beberapa insiden kejar mengejar dibuat di Interstate 93.

Wanita berusia 38 tahun itu dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas kesalahan mencuri kenderaan bermotor, kecuaian, menjalankan operasi yang tidak sah, dan gagal untuk menghentikan kenderaan apabila ditahan polis.

Menurut peguamnya, suspek mempunyai masalah kesihatan mental, seperti yang dikongsikan oleh ibunya sendiri.

 

Sumber: WCVB

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut…
Berita Global
Di Boone, North Carolina, sepasukan polis Watauga terpaksa mengejar seorang suspek yang memandu…
Berita Domestik
Nilai kerugian dianggarkan bernilai RM90,000.  Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab…