Wanita diraba dalam bas ekspres

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG wanita dicabul seorang lelaki di dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika penumpang wanita berusia 22 itu yang dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak sedang tidur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Zulkifli, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Banggol Judah, Machang mendakwa telah diraba oleh seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang duduk di belakang mangsa.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa bas ekspress tersebut berada berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa, Gerik," katanya. 

Zulkifli berkata, polis sedang mengesan suspek dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai kejadian dengan menghubungi IPD Gerik di talian 05 7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.