WANITA BERDEPAN DETIK CEMAS APABILA HANYUT BERSAMA KERETA DALAM LONGKANG

oleh Firdaus Razani|
Tular di media sosial dimana seorang wanita berpaut pada keretanya dihanyut arus deras di dalam longkang dan diselamatkan seorang lelaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang yang dilimpahi air banjir dan kejadian tersebut berlaku di KM 42.5 , Lebuhraya Johor Bahru - Mersing, hari ini.

Lelaki itu mempertaruhkan nyawanya dengan terjun ke dalam longkang untuk menyelamatkan seorang daripada dua wanita yang bergelut untuk memegang bahagian belakang Perodua Myvi melawan arus deras di dalam longkang yang dipenuhi air.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora mengesahkan kejadian itu berlaku pada 9.20 pagi hari ini.

Kejadian berlaku apabila pemandu Myvi berusia 37 tahun itu hilang kawalan dan terbabas sebelum mendarat ke dalam longkang, ketika dia dan penumpangnya berusia 43 tahun, menuju ke Kota Tinggi, dalam keadaan hujan lebat.

Sebelum ini, rakaman berdurasi 14 saat seorang lelaki melompat ke dalam longkang yang penuh dengan air yang mencurah-curah untuk menyelamatkan wanita itu menjadi viral.

 

Rakaman yang dimuat naik di laman Facebook Orang Kota-Tinggi itu merakamkan seorang wanita dalam kesusahan, dihanyutkan arus deras.

Beberapa saat kemudian, seorang lelaki melompat dan membantu wanita itu ke tambak longkang, manakala kereta itu dihanyutkan.

Hussin berkata pemandunya terselamat, manakala penumpangnya cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi.

"Kedua-dua mereka sangat terkejut dengan kejadian itu tetapi mujur tiada apa yang tidak diingini berlaku," kata Hussin.

Myvi itu telah dihanyutkan, dan masih belum ditemui dan penyelamat yang tidak dikenali itu tidak membuat laporan.

Difahamkan dia juga terlepas daripada kecederaan, dan segera meninggalkan tempat kejadian, selepas aksi heroiknya itu.

 

SUMBER : NewStraitsTimes

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…