Wanita Arab Saudi dibenarkan memandu dan menunggang motosikal bermula Jun 2018

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan Arab Saudi akhirnya akan membenarkan kaum wanita di sana untuk memandu kereta dan trak serta menunggang motosikal bermula Jun 2018.

Ketua Pengarah Trafik untuk Arab Saudi telah membuat pengumuman itu semalam selepas tiga bulan Raja Salman membuat keputusan tersebut.

Kaum wanita mendapat hak jalanraya yang sama seperti kaum lelaki dan mereka tidak perlu menggunakan nombor plet khusus.

Namun begitu, untuk pemandu dan penunggang wanita yang terbabit di dalam kemalangan atau melanggar akta lalulintas, mereka akan dibicarakan di pusat-pusat khas yang diuruskan oleh kaum wanita.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tatkala dunia kini dibanjiri dengan trend pemilikan crossover dan SUV, jentera off-road yang lama…
Berita Global
Hasil kajian itu, kerajaan negara Mesir meletakan syarat-syarat dibawah untuk dipatuhi oleh Uber…
Berita Global
Ada antaranya begitu teruja kerana baru pertama kali berpeluang berbuat demikian (hadir sendiri ke…