Walnut Blasting Decarbonizer - penambahan servis selepas jualan Volkswagen

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan penambahan servis selepas jualan yang baharu iaitu Walnut Blasting Decarbonizer di semua pengedar sahnya.


Perkhidmatan servis tersebut adalah pada harga RM515 dicadangkan sebagai satu langkah preventif bagi setiap 45,000km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Konsep Volkswagen Walnut Blasting Decarbonizer adalah menggunakan kulit kayu walnut untuk menghilangkan karbon yang melekat di dalam enjin untuk memberikan pemanduan yang lebih bersih dan lancar. 

 

Perkhidmatan ini diperakui dan diluluskan oleh Volkswagen AG dan langkah ini dilihat secara keseluruhan adalah lebih ekonomikal, efisien dan tidak menghakis kerana ia tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. 

 

Semua kereta dengan enjin pecutan terus yang menggunakan bahan api akan menghasilkan deposit karbon akibat kesan proses pembakaran, ia kemudian menyebabkan prestasi enjin menjadi lembab. 

 

Selepas bertahun-tahun, ia akan membentuk jelaga yang keras di sekeliling injap pengambilan. Jelaga tersebut menimbulkan halangan di dalam enjin dan membuatkan enjin hilang kuasa, panas dan meningkatkan penggunaan bahan api.

 

Selain daripada lampu amaran Electronic Power Control dan enjin menyala, simptom lain ialah bunyi melahu yang kasar, pecutan tidak lancar, cetusan terputus-putus dan bunyi ketukan (knocking).  


 

 

Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Erik Winter memberitahu penambahan servis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan di bawah janji Volkswagen Cares.

 

Beliau turut berkata, “Pelanggan adalah keutamaan kami. Kami akan terus mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan dan memberikan tawaran kepada para pelanggan di bawah perjanjian jenama VW Cares demi memberi perkhidmatan berkualiti serta bernilai tambah. Ini merupakan salah satu daripada lebih banyak yang akan kami tawarkan nanti.” 

 

Para pemilik kenderaan Volkswagen dinasihatkan mengambil perkhidmatan tersebut untuk menghilangkan karbon enjin setiap 45,000km sebagai satu langkah preventif dan mendapatkan bantuan lanjut daripada mana-mana pengedar sah. 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…