Walkie Talkie - Perlu kebenaran untuk bawa masuk ke Thailand (dan negara lain)

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara alat utama yang digunakan semasa berkonvoi ialah walkie-talkie.

Namun begitu, semakin ramai dikalangan kita yang berkonvoi masuk ke Thailand tidak sedar bahawa undang-undang negara tersebut sangat ketat mengenai alat walkie-talkie.

Sebenarnya, jika anda lihat pada borang deklarasi kastam di kebanyakan negara, alatan perhubungan radio perlu diistiharkan secara rasmi.

Undang-undang penggunaan alat telekomunikasi radio sebenarnya dikawal rapi oleh kebanyakan negara, kecuali Amerika Syarikat yang membenarkan rakyatnya menggunakan banyak frekuensi radio.

Ini ialah kerana ia mungkin digunakan untuk kegiatan jenayah dan mungkin frekuensi yang digunakan akan sama dengan yang digunakan oleh badan berkuasa atau tentera di negara tersebut.


Ada yang menyangkakan alat walkie-talkie yang tidak memerlukan lesen di Malaysia itu boleh dibawa keluar masuk ke negara jiran seperti Singapura atau Thailand.

Semua alatan komunikasi yang menggunakan frekuensi radio perlu diistiharkan sebelum memasuki negara tersebut, dan ia sama dengan pelancong yang datang ke negara kita juga.

Walkie-talkie yang dibenarkan penggunaannya oleh orang awam mempunyai frekuensi berbeza mengikut negara.

Contohnya frekuensi "citizen band" yang dibenarkan untuk kegunaan awam di Thailand ialah pada 245 MHz.

Di Singapura, ianya 446 MHz dan di Malaysia, Australia dan New Zealand, ianya pada frekuensi 477 MHz.

Walkie talkie untuk kegunaan umum di Thailand ialah waklie-talkie berwarna merah.

Namun begitu, walaupun walkie-talkie anda telah ditala untuk menggunakan frekuensi 245 MHz untuk Thailand sekalipun, anda masih boleh ditahan kerana menyeludup alat perhubungan radio tanpa kebenaran.
 


Seperti yang pernah dikatakan oleh rakan Careta di Satun, Thailand, Johari Osman atau Cikgu Joe, undang-undang Thailand boleh menyukarkan anda di sana jika ditangkap melakukan kesalahan.

Berhenti menganggap Thailand itu sebuah negara koboi. Ia sebuah negara berdaulat dan nilai matawangnya lebih kukuh dari kita sekarang.

Nasihat kami, jangan bawa masuk walkie-talkie.

Beli kad SIM Thailand kerana caj perhubungan komunikasi dan data di Thailand jauh lebih murah dari Malaysia.

 

Untuk membaca nasihat-nasihat Johari mengenai negara Thailand, sila ke pautan di bawah.

Bukan mudah dan murah bawa pulang jenazah kemalangan dari Thailand

Thailand berkabung - ambil perhatian untuk yang ke Thailand sekarang

Memandu atau menunggang di Thailand? Baca dahulu tips dari Johari ini!