Wald bangunkan kit badan khas untuk Land Cruiser 2022

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penala Jepun Wald telah menerbitkan siri gambar render kit badan khas yang dihasilkan untuk SUV off-road Toyota Land Cruiser 2022 yang bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun ini atau tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti penawaran yang dibuat oleh Modellista, kit badan Wald sememangnya dihasilkan khusus untuk menjadikan penampilan Land Cruiser 2022 lebih mesra jalanan dan bukannya untuk meredah laluan berbatu dan berliku.
 

WALD


Berdasarkan beberapa keping gambar yang dibekalkan, pakej kit badan ini merangkumi beberapa set kemasan bampar hadapan, kemasan gril hadapan yang lebih agresif, fender flare yang lebih lebar, serta beberapa set rekaan rim bersaiz besar untuk dimuatkan pada arka roda.

Tiada sebarang gambar bahagian belakang diberikan namun anda boleh jangkakan penawaran yang serupa pada bahagian bampar belakang sebagaimana opsyen yang dibuat pada rekaan bampar hadapan.
 

WALD


Seperti yang disebutkan, penawaran kit badan Wald untuk Land Cruiser 2022 ini bakal diperlihatkan secara rasmi menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…