Wajib selfie sebelum menaiki Grabcar bermula 12 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: Technave

Terdapat beberapa kes jenayah yang dilaporkan sebelum ini melibatkan pemandu dan penumpang Grab sedikit sebanyak mengganggu gugat tahap kepercayaan para pengguna terhadap aplikasi seru-pandu di Malaysia. 

Bagi meningkatkan kadar keselamatan pengguna ketika sedang menggunakan perkhidmatan seru-pandu, Grab kini memperkenalkan verifikasi menggunakan swa-foto (selfie). 

Berkuatkuasa pada 12 Julai 2019, Grab akan meminta anda supaya menghantar gambar selfie (sekali sahaja) sebagai pengesahan identiti peribadi untuj tujuan rujukan masa akan datang. 

Menurut Grab, gambar selfie yang diperoleh - selain untuk tujuan keselamatan - boleh juga digunakan bagi membantu pihak berkuasa sekiranya berlaku kes-kes yang tidak dapat dielakkan. 

Walaubagaimanapun, Grab memberikan jaminan bahawa sebarang gambar selfie dan identiti peribadi akan dijamin tahap keselamatannya dan tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pemandu e-hailing.

Sistem pengecaman muka telah diperkenalkan bagi pendaftaran pengguna Grab baharu semenjak Mac 2019 lagi, dan ciri ini berjaya membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes pembunuhan melibatkan pemandu Grab yang berlaku tempoh hari dengan penahanan dua orang suspek di Sabah. 

Sumber: Grab