Waja vs Preve? Satria GTi vs Satria Neo?  Mana lagi sedap bawa?

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara soalan-soalan cepumas di kalangan fanatik Proton ialah model mana yang lebih sedap dipandu.

Careta tergerak hati untuk bertanyakan kepada sifu Ride & Handling Proton, YM Tengku Azizan Tengku Ahmad beberapa soalan berkaitan model mana yang pada pendapat beliau, paling "sedap" untuk dipandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat model Proton diberikan kepada Tengku Azizan dan menurut beliau, walaupun ada yang beliau rasa lebih baik dari yang lain, kesemuanya mempunyai pengendalian yang baik.

"Ia memberikan keyakinan yang tinggi bila dipandu laju," jawabnya ringkas.

"Ada empat perkara yang akan diuji sebelum kami meluluskan talaan pengendalian sesebuah model kenderaan," terangnya.

Tengku Azizan kemudian menyenaraikan keempat-empat perkara tersebut.

  1. Pengendalian yang tegap dan mantap
    • Kenderaan yang sedap dipandu perlu mempunyai pemanduan yang meyakinkan, terutama semasa dipandu laju.
  2. Pengendalian "transient" atau sementara
    • Ia bermakna selepas melakukan slalom contohnya, kenderaan akan segera kembali neutral dan tidak terhoyong-hayang terlalu lama.
  3. Karektor "lift-off"
    • Keadaan kenderaan bila pedal pendikit dilepaskan, terutama semasa mengambil selekoh. Selalunya, kenderaan akan memberi reaksi bila ia dilakukan dan kenderaan yang sedap dipandu mempunyai karektor "lift-off" yang boleh dijangka.
  4. Reaksi stereng
    • Stereng yang baik mampu memberikan reaksi yang tepat kepada pemandu.
    • Contohnya, pemandu perlu tahu dari stereng itu bahawa ia berada di dalam keadaan lurus/tegak atau tidak.
    • Ia juga perlu kembali ke posisi tegak dengan kadar kecepatan yang boleh diterima. Terlalu lambat, pemandu terpaksa meluruskan kenderaan dengan sendiri. Terlalu cepat, pemandu terpaksa mengawal semula stereng agar tidak terkeluar dari selekoh.

 

 

Jadi apakah jawapan Tengku Azizan kepada soalan kami?

1. Antara Proton Waja dan Proton Preve, yang mana lebih sedap dipandu?
Menurut Tengku Azizan, beliau lebih memilih Proton Waja. 

2. Antara Proton Satria GTI dan Proton Satria Neo, yang mana lebih sedap dipandu?
Menurut Tengku Azizan, Proton Satria Neo.

Perlu diingatkan, itu adalah pendapat peribadi beliau kerana keperluan pemanduan oleh Tengku berbeza dari ramai orang lain.

Apa yang penting, pandu dengan selamat dan perlu ingat, sebaik-baik kereta, ia tidak akan mampu melawan hukum fizik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…