Wagon M tidak relevan, SUV M lebih popular - Boss BMW M

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini telah tersebar beberapa khabar angin yang menyatakan bahawa BMW sedang membangunkan kereta produksi massa M3 Touring, namun sehingga kini masih tiada sebarang petanda.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Jika ditanya kepada boss besar divisyen M BMW, Markus Flasch, beliau nampaknya tidak melihat masa hadapan M dibayangi dengan kejayaan jentera wagon/touring. 

Ketika ditemubual oleh CAR Magazines, beliau menjawab "jentera touring/estates/wagon bukanlah sebahagian daripada perancangan masa hadapan M kami. 

 


"Jika ditanya kepada para pelanggan yang tinggal di Switzerland, Jerman atau Austria, mereka rata-rata akan memberikan respon yang baik. 

Namun, pasaran wagon masih lagi merupakan pasaran yang kecil atau niche, dan sudah tentu BMW sebagai sebuah syarikat global tidak mahu terlalu fokus kepada segmen yang kecil itu. 

Dalam hal ini, Markus Flasch masih percaya kepada kekuatan SUV dan oleh sebab itu mereka kini mempunyai barisan model berprestasi tinggi seperti BMW X3 M, BMW X4 M, BMW X5 M dan BMW X6 M. 
 


Buat para peminat wagon, mereka masih lagi boleh mendapatkan model touring 3 Series yang baharu dilancarkan beberapa bulan lalu dengan beberapa varian enjin bermula dari 184 kuasa kuda sehinggalah kepada model M340i bernadikan enjin enam silinder sebaris berkuasa 374 kuasa kuda. 

Angka tersebut tidaklah begitu mengecewakan, bukan? 

Baca: BMW 3-Series Touring 2020

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  M5 Touring digerakkan enjin 4.4 liter V8 biturbo dengan padanan kotak gear automatik M…
Berita Global
  Selain estetika, kit luaran juga memenuhi keperluan dari segi binaan yang ringan dan…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…