Wagon elektrik Audi A6 Avant e-tron dikesan, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Autocar
Genre wagon mungkin berdepan dengan risiko kepupusan, namun hal itu tidak menghalang Audi daripada terus menghasilkan model yang masih ada golongan peminatnya itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu dilihat sedang diuji atas jalan raya dengan balutan pelekat samaran yang minima.
 

Audio


Anda boleh melihat perincian rekaan pada model tersebut seperti unit lampu utama berlapis, rim sporti, pemegang pintu yang tertanam, dan tidak ketinggalan penggunaan cermin sisi berasaskan kamera.

Kelihatan juga perumah untuk teknologi penderia ADAS yang dimuatkan pada seksyen bawah bampar hadapan.
 

Audi


Wagon elektrik Audi ini dibina berdasarkan platform PPE (Premium Platform Electric) yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan Porsche.

Pelantar ini juga turut menjadi asas bagi model Porsche Macan EV dan Audi Q6 e-tron.

Spesifikasi Audi A6 e-tron ini berkemungkinan besar mengikut apa yang ditawarkan pada Audi Q6 e-tron, seperti contoh motor elektrik berkuasa 396 hp, pek bateri 100 kWh dan senibina elektrik 800 voltan yang menyokong pengecasan pantas.
 

A6


Model konsep Audi A6 Avant e-tron muncul kira-kira dua tahun lepas.

Dibina berdasarkan Audi A6 Sportback e-tron Concept, model wagon ini membawakan garis bumbung yang lebih panjang, diikuti dengan angka pekali seretan serendah 0.24 sahaja, dan jarak gerak mampu cecah 700 km untuk sekali cas penuh.

Baca: Audi A6 Avant e-tron Concept

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai sebuah pengeluar yang terkenal dengan beberapa model wagon yang pantas dan seksi, Audi…