Wagon C 63 AMG milik Michael Schumacher untuk dijual - harga dari RM237k

oleh Mohamad Hanif|
Di Eropah, Mercedes-Benz merupakan antara pengeluar yang sudi menawarkan bentuk badan wagon, bukan sahaja dalam versi standard, malah juga terdapat dalam versi talaan khas AMG.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu daripada wagon pantas tersebut merupakan Mercedes-Benz C63 AMG yang pernah dimiliki oleh Michael Schumacher.

Wagon ini diterima oleh pelumba F1 tersebut ketika beliau menyertai pasukan Mercedes GP PETRONAS F1 pada awal tahun 2010.
 

C63


Setelah beberapa bulan, wagon tersebut kemudian dilepaskan kepada pemilik kedua (sehingga tahun 2015) dan pemilik ketiga (sehingga tahun 2018) sebelum dijual kepada Bonhams.

Menurut butiran, C 63 AMG ini mencatatkan jarak perbatuan sejauh 152,000 km dan masih lagi berada di dalam kondisi yang sangat baik.
 

C63


C63 AMG ini merupakan versi yang paling berkuasa, dengan enjin 6.2 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 450 hp dan 600 Nm daya kilas, serta pecutan 0-96 km/j hanyalah sekitar empat saat sahaja!

Harga jualan untuk sebuah pakej wagon yang hensem dan berkuasa ini dianggarkan bermula dari €50,000 sehingga €100,000 (RM236,852 - RM473,705).

Sumber: Bonhams