W Series: Program fast-track untuk pelumba wanita sertai F1

oleh Mohamad Hanif|
Penyertaan wanita di dalam sukan permotoran yang tidak begitu menyerlah bukanlah disebabkan fizikal perempuan itu sendiri atau bakat yang terpendam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, menurut bekas pemandu Formula One David Coulthard menyifatkan tidak ramai pemegang dana yang berminat untuk menaja penyertaan wanita ke dalam sesebuah perlumbaan, merujuk kepada perlumbaan tahap Formula 3 dan juga GP3. 

Demi memberikan dorongan dan menarik minat lebih ramai pemandu wanita yang berbakat, sebuah siri perlumbaan yang digelar W Series menggunakan format Formula 1 menyasarkan penyertaan kaum wanita ke dalam perlumbaan tersebut. 
 


Pusingan pertama pertandingan ini bakal membariskan sejumlah 18-20 orang pelumba dan pihak penganjur tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan manakala hadiah terkumpul pula bernilai lebih daripada $1.5 juta (RM6.24 juta mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

David Coulthard dan Adrian Newey, ketua pegawai teknikal Redbull Racing Formula One dinamakan sebagai sebahagian daripada badan penasihat yang bertanggungjawab memantau perjalanan W Series ini yang akan berlangsung di litar utama sekitar Eropah. 

Setiap pelumba akan diberikan sebuah jentera Tatuus T-318 Formula 3 yang dikuasakan enjin empat silinder turbo 1.8 liter yang digandingkan dengan kotak gear sequential enam nisbah kelajuan.

Setiap pelumba akan diberikan pendedahan dan latihan kepada perlumbaan sebenar, merangkumi pelbagai aktiviti fizikal termasuklah latihan simulasi, ujian kejuruteraan teknikal, latihan kecergasan dan juga ujian pemanduan sebenar.

 


W Series ini disifatkan sebagai salah satu program fast-track bagi pelumba wanita menyertai perlumbaan berprestij Formula One dan bersaing dengan pelumba-pelumba handalan yang lain. 


 

Tags