VW up! GTI – kereta konsep tribut buat Golf GTI MK1

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW up! GTI – kereta konsep tribut buat Golf GTI MK1
VW up! GTI – kereta konsep tribut buat Golf GTI MK1
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volkswagen Golf GTI sememangnya di antara kereta ikonik dunia. Ia mula diperkenalkan 41 tahun lepas dan semenjak itu tampil sebagai varian sporti Golf yang lebih berkuasa.

Tahun selisih tahun, Golf GTI yang dahulunya sebuah kereta kompak dengan teknologi ringkas telah menjadi sebuah kereta berprestasi berteknologi tinggi dan dari sudut itu jauh benar berbeza dengan model-model generasi sebelum.

Untuk menghayati semula idea asal Golf GTI, VW telah mengeluarkan sebuah kereta konsep up! GTI dengan kuasa 115 PS yang mana angka itu tidak jauh beza berbanding Golf GTI MK1 iaitu 110 PS.

Lebih istimewa up! GTI akan dipertontonkan pertama kali di dunia pada acara Perjumpaan GTI di Tasik Wörthersee, Austria.

VW Golf GTI MK1

Model pertama Golf GTI dikeluarkan pada tahun 1976 dan ia dikeluarkan pada era di mana kereta sedan besar dan kereta sport yang mahal mendominasi jalan dan lebuh raya dunia. Ia tampil dengan beberapa identiti seperti jalur merah pada gril radiator, dua jalur hitam pada tepi dan belakang serta warna standard mars red dan diamond silver sebelum disusuli oleh warna hitam dan putih sebagai warna rasmi GTI.

Kuasa enjinnya ialah 110 PS dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa sembilan saat. Kelajuan maksimum ialah 182 km/j dan berat badan Golf GTI pada masa itu hanyalah 810 kg sahaja.

VW up! GTI Concept

VW up! GTI – kereta konsep tribut buat Golf GTI MK1

 

Model konsep ini meneruskan ciri-ciri utama Golf GTI asal iaitu kereta yang ringkas dengan saiz kompak dan ia sebenarnya lebih kurang ukuran Golf GTI MK1. Perbezaan paling utama ialah ia dikuasakan oleh enjin turbo TSI dengan tork 230 Nm. Berikut ialah ciri-ciri kenapa up! GTI Concept ini membawa semula idea asal Golf GTI

  • Berat: 997 kg (lebih berat susulan penggunaan besi kekuatan tinggi dan jumlah beg udara)
  • Kelajuan maksimum: 197 km/j
  • Pecutan 0 - 100 km/j: 8.8 saat
  • Warna: Tornado red, pure white, dark silver metallic, black pearl metallic dan costa azul (biru) - warna baharu GTI

Identiti GTI lain pada up! ini ialah jaluran merah pada gril radiator dengan corak sarang lebah dan kemas dilekapkan ialah logo GTI. Dua jalur hitam pada pintu, cermin sisi berwarna hitam kilat dan tampil gagah dengan roda aloi 17 inci dan badan kereta yang 15 mm lebih rendah berbanding up! standard.

up! GTI turut dipasangkan spoiler bumbung lebih besar untuk mendapan dan pengendalian yang lebih baik sewaktu kelajuan tinggi. Bahagian dalaman semestinya mengulang semula peralatan kereta ikonik itu seperti tombol gear GTI dan corak kerusi clark yang sinonim dengan identiti kereta buatan Jerman tersebut.

VW up! GTI hanya akan dipasarkan pada awal 2018 dan model konsep ini dikatakan paling hampir dengan versi produksi. Kepada peminat GTI tempatan, model paling kecil boleh didapati ialah Polo GTI dan sekarang ini ia hanya boleh didapati dari pasaran kenderaan terpakai sahaja.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…