VW umum bonus RM24 ribu kepada pekerja!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019 merupakan tahun yang serba mencabar buat majoriti pengeluar automotif, namun ia tidak menghalang Volkswagen daripada terus meraikan para pekerjanya bersempena pencapaian yang dikecapi untuk tahun tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu pengumuman terkini, Volkswagen mengumumkan pemberian bonus sebanyak €4,950 (RM23,516), namun ia dihadkan kepada pekerja yang dilindungi oleh perjanjian tawar-menawar kolektif. 

Mereka yang terpilih akan menerima pembayaran bonus tersebut bermula November 2019 sebanyak €1,690.50 (RM8,031) manakala pembayaran selebihnya akan dibuat pada bulan Mei nanti. 

Prestasi kerja yang ditunjukkan oleh para pekerja Volkswagen ternyata menarik perhatian ketua eksekutif Volkswagen AG, Dr. Herbert Diess yang berbangga dengan semangat kerja berpasukan yang sangat kuat ditunjukkan pada tahun lalu. 
 


"Dengan pembayaran bonus di bawah perjanjian tawar-menawar kolektif ini, kami mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan dan berharap setiap individu mampu menyumbang kepada kejayaan syarikat pada masa akan datang.

Tahun 2020 menandakan langkah Volkswagen untuk meneruskan fasa elektrifikasi setiap model yang dijual, dan awal bulan lalu pengeluar tersebut telah mengesahkan bahawa crossover ID.4 akan dilancarkan di Eropah pada tahun ini. 

Produksi dan penjualan pula akan mengambil tempat di Eropah, China dan juga Amerika Utara. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…