VW, Toyota jana pendapatan kasar per saat tertinggi di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tahun 2019, lebih daripada 90 juta unit kenderaan telah pun terjual di seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan ia merupakan satu angka yang cukup tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan data yang diperoleh daripada VisualCapitalist.com, Kumpulan Volkswagen kini menduduki tangga teratas sebagai syarikat automotif yang paling banyak menjana pendapatan kasar $9,202.88 per saat (RM38,491.05 per saat), diikuti oleh Toyota - $8,946.58 per saat (RM37,419.07 per saat).

Adalah tidak menghairankan apabila melihat nama VW Group berada di tangga teratas, memandangkan terdapat banyak jenama yang bernaung di bawahnya seperti Audi, Bentley, Bugatti, Lamborghini, serta Porsche.

Pujian harus diberikan kepada Toyota kerana mereka hampir mampu menyaingi pendapatan kasar yang diperoleh VW Group tanpa kehadiran pelbagai jenis jenama di bawah naungannya.

Malah, populariti Toyota juga menyaksikan syarikat gergasi Jepun itu berjaya memperoleh pendapatan kasar per saat hampir dua kali ganda berbanding Honda yang memperoleh $4,537.67 per saat (RM18,978.80 per saat).

Sementara itu, kedudukan tangga terbawah menyaksikan jenama Tesla dan Subaru masing-masing memperoleh pendapatan kasar bawah $1,000 per saat.

Senarai penuh pendapatan kasar syarikat automotif boleh dirujuk pada gambar rajah di bawah: