VW Touran 2023, enjin 1.5L, teknologi Active Cylinder Management ACTplus

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Touran 1.5 TSI 2023
Volkswagen Touran 1.5 TSI 2023
Satu ketika dahulu pengguna tempatan dapat menikmati pelbagai model Volkswagen dari segmen A seperti Polo sehingga kenderaan pelbagai guna (MPV) Sharan.

Kemeriahan itu bersisa di laman web kenderaan terpakai dengan harga menggoda selain teknologi dan ciri keselamatan yang dibawa.

Di antaranya Sharan yang ditawarkan pada harga menarik. Sharan pada tahun ini berusia 20 tahun selepas dilancarkan pada 14 Mac 2003.

Model kedua dilancarkan pada 2015 dan van VW pertama yang dibangunkan dari platform Modular Transverse Matrix (MQB. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Touran

 

Sharan generasi kedua terus dijual sehingga kini dan jualan kumulatif termasuk generasi pertama telah pun melebihi 2.6 juta unit.

Angka itu meletakkan Sharan sebagai satu daripada MPV yang paling berjaya di dunia. VW masih bersemangat dan mempertingkatkan spesifikasi Sharan untuk 2023.

Sharan dilengkapi pelbagai ciri standard seperti Kawalan Jelajah Aktif dengan penghad kelajuan dan Bantuan Pembrekan Kecemasan Autonomi Depan.

Turut dilengkapi amaran Bantuan Penukaran Lorong dan Bantuan Lorong Sisi.

 

Volkswagen Touran 2.0 TDI 2023

 

Senarai itu dikembangkan lagi dengan teknologi PreCrash di belakang yang menggunakan sensor radar.

Sistem itu berfungsi dengan mengesan risiko kemalangan dari belakang dan mengaktifkan sistem perlindungan penumpang proaktif.

Sistem itu akan terus aktif walaupun kereta dalam keadaan tidak bergerak (semasa enjin beroperasi) atau dalam mod mula/henti.

Turut dilengkapi kamera pelbagai fungsi bagi mengenalpasti objek atau manusia dengan secepat mungkin.

 

VW Touran

 

Untuk pembeli yang mendapatkan pakej IQ.DRIVE dengan IQ.LIGHT, senarai sistem kini termasuk Travel Assist dan amaran penukaran lorong Lane Assist.

Dynamic Light Assist juga termasuk di dalam pakej bantuan baharu dan berfungsi dengan memadam bahagian lampu yang menyilaukan kenderaan di depan secara automatik.

Tidak hanya tentang sistem, Sharan 2023 dipasang stereng baharu dengan pengesanan sentuhan dan kluster meter Basic (lapan inci) yang boleh diprogramkan. 

Pembeli juga boleh mendapatkan pilihan konsol tengah kawalan penyaman udara dengan kawalan sentuhan di depan dan belakang.

 

Volkswagen Touran 2.0 TDI 2023

 

Lagi pilihan yang ditawarkan ialah kawalan buka dan tutup but dengan pergerakan kaki atau Easy Open & Close dan Keyless Access.

VW menawarkan beberapa pilihan rangkaian kuasa untuk Sharan di antaranya 1.5 TSI petrol evo2 yang menghasilkan 150 ps dan tork 250Nm.

Enjin turbo itu canggih dengan teknologi Active Cylinder Management ACTplus yang menghentikan dua daripada empat silinder dari putaran enjin rendah hingga sederhana.

Enjin itu direka untuk menerima bahan api dengan kandungan boleh baharu. Satu lagi pilihan enjin ialah 2.0 TDI (diesel turbo).

 

Volkswagen Touran 2.0 TDI 2023

 

Dari segi praktikaliti, kerusi baris kedua Sharan boleh memuatkan tiga kerusi kanak-kanak dan satu daripada tarikan utama. 

Sharan juga dilengkapi gelang penahan ISOFIX di kerusi baris kedua dan ketiga yang bermakna lima kerusi kanak-kanak boleh dipasang!

Untuk memuatkan barang, kerusi boleh dilipat rata dengan kapasiti kargo sehingga 1,980 liter.

Bagi sebuah MPV yang dilancarkan pada 2015, teknologi dan praktikaliti yang berdaya saing memberi jawapan kenapa Sharan masih lagi relevan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Touran 2.0 TDI 2023

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…