VW Touareg R dikeluarkan dari barisan model jualan di UK

oleh Penyumbang Rencana|
Touareg R merupakan SUV berkuasa tinggi dari Volkswagen, ianya dikuasakan dengan enjin petrol V6 3.0 liter dipadankan dengan rangkaian kuasa plug-in hibrid (PHEV) yang menghamburkan kuasa sehingga 456 HP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hanya 18 bulan semenjak Touareg R ditawarkan, jualan model itu telah dihentikan untuk pasaran UK.

Ianya mula dijual pada Mac 2021, dengan harga £71,995 (RM389,765) dan merupakan model Volkswagen paling berkuasa.

Namun, varian standard Touareg masih ditawarkan dengan pilihan enjin diesel V6 3.0 liter turbo atau enjin petrol V6 3.0 liter yang menghasilkan kuasa sehingga 335 HP.

Tidak seperti model Golf, sambutan model Touareg tidak begitu popular di kalangan pembeli kereta baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut angka dari Jato Analytics, Volkswagen menjual 13,191 unit Touareg di Eropah pada tahun 2021.

Bagaimanapun di UK, hanya 2,260 unit Touareg dijual pada tahun 2021. Setakat Oktober 2022 pula, angka jualan Touareg turun sebanyak 50 peratus dari angka jualan tahun 2021 dengan hanya 1,081 unit didaftarkan.

Sumber: Autocar

Penulis: Ahmad Danial Yasin