VW Tiguan 2021 facelift dilancarkan - varian tertinggi R, 316 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Tiguan yang kini sudah pun dua generasi terjual, dan generasi kedua sudah pun lama berada di pasaran semenjak tahun 2016 lagi, dan tidak menghairankan apabila Volkswagen memperkenalkan versi facelift terhadap crossover segmen C ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bagi memastikan Tiguan kekal menjadi pilihan dan memegang takhta sebagai salah sebuah model paling laris Volkswagen.

 


Versi facelift dilancarkan baru-baru ini membawakan pelbagai perubahan yang diambil inspirasi daripada hatchback Golf seperti gril hadapan serba baharu, lampu utama dengan lampu nyalaan siang identikal, serta bukaan liang udara yang lebih menonjol.

Sementara itu, perubahan di belakang tidak begitu ketara, selain daripada lampu belakang baharu, perkataan 'TIGUAN' di bahagian tengah liftgate dan lencana baharu '4Motion'.

 


Ruang kabin pula menampilkan rekaan stereng baharu dengan kawalan butang sensitif sentuhan yang berlampu, serta bantuan pencahayaan ambien dengan 15 warna, sementara varian tertinggi pula didatangkan dengan kawalan iklim berteknologi tinggi yang turut menggunakan sistem kawalan jenis sentuhan.

Sistem infotainmen baharu pula didatangkan dengan kawalan suara natural, sambungan kepada berbilang peranti pintar, App-Connect tanpa wayar dan digandingkan dengan sistem audio premium Fender 470 Watt serta paparan instrumen digital bersaiz 8 inci, atu 10.25 inci.

Aspek keselamatan dipertingkatkan dengan kehadiran sistem bantuan Travel Assist yang mampu mengawal stereng, pecutan dan brek dalam julat kelajuan 0-209 km/j, serta sistem kawalan pelayaran adaptif generasi terkini yang mampu mengenal pasti informasi had laju tempatan, papan tanda, persimpangan dan juga bulatan.

 


Dari segi kuasa, pelanggan di Amerika Syarikat akan menerima versi enjin 2.0 liter turbo empat silinder sebaris yang menghasilkan 184 kuasa kuda dan 299 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, dan opsyen pacuan semua roda.

Manakala rakyat di Eropah pula bakal menerima varian plug-in hybrid 242 kuasa kuda dan versi prestasi tinggi Tiguan R dengan kuasa setinggi 316 kuasa kuda.