VW tetap produksi kereta manual selagi ada permintaan

oleh Mohamad Hanif|
Transmisi manual sememangnya merupakan salah satu teknologi yang kian terpencil di zaman kebanjiran kotak gear yang lebih efisien dan lebih menjimatkan penggunaan bahan bakar.

Dan tidak ramai yang sanggup mengorbankan kaki kiri demi keselesaan pemanduan seharian.

Adakah ini petanda kotak gear manual dengan tiga unit pedal akan lenyap ditelan zaman?

Tidak menurut kata Volkswagen, ini kerana transmisi manual masih lagi mempunyai peminat yang tersendiri walaupun jumlahnya kian berkurangan saban tahun.

Menurut laporan berita Autocar, Matthias Rabe, ketua unit operasi pembangunan teknikal Volkswagen Passengers Car berkata, "demi para peminat setia transmisi ini, VW sanggup mengekalkan opsyen tiga pedal sehinggalah tiada lagi permintaan terhadap kotak gear ini.

Untuk sesetengah pasaran, Volkswagen masih lagi menawarkan transmisi manual untuk model seperti up! GTI dan Polo GTI, malah model Golf GTI terbaharu juga turut ditawarkan dalam versi manual enam nisbah kelajuan.

Apa yang penting, kenyataan Matthias ini bukan sahaja merujuk kepada jentera berprestasi tinggi, akan tetapi terpakai untuk kereta-kereta Volkswagen biasa (bukan di pasaran Malaysia).

Selain daripada Volkswagen, beberapa pengeluar seperti Porsche dan BMW masih berusaha mengekalkan opsyen transmisi manual demi meraikan para peminat setia kereta berpedal tiga.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tempoh bersabar nampaknya bakal berakhir apabila VW memperkenalkan ID. Buzz Long Wheelbase (LWB…
Berita Global
  Touareg 2024 didatangkan dengan perubahan visual depan dan belakang, suspensi, paparan dan…
Berita Global
  Mahkamah Wilayah Munich menjanjikan hukuman lebih ringan kepadanya jika membuat pengakuan…