VW T7 Multivan 2022 - MPV tujuh tempat duduk, trenkuasa PHEV 201 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada MPV terbesar yang hadir dari Volkswagen dan diberi nama sebagai VW T7 Multivan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk model generasi terbaharu ini ia tidak lagi membawakan nama Caravelle memandangkan T7 Multivan tidak lagi berkongsi platform yang sama dengan van komersial Transporter.

Sebaliknya, VW T7 Multivan bergerak solo, manakala model Transporter pula bakal digantikan dengan model baharu yang dibangunkan bersama Ford.

 


MPV ini menggunakan platform MQB yang turut sama menjadi asas bagi model-model seperti Seat Tarraco, Skoda Kodiaq dan VW Tiguan.

Dari segi kuasa, T7 Multivan ini didatangkan dengan beberapa pilihan enjin seperti enjin 1.5 liter TSI (134 hp), enjin 2.0 liter TSI (201 hp) atau enjin diesel berkuasa 148 hp yang bakal turut serta pada tahun hadapan.

 


Selaras dengan peralihan kepada trenkuasa yang lebih mesra alam, T7 Multivan turut datang dalam versi plug-in hybrid yang dinamakan sebagai eHybrid, terdiri daripada enjin 1.4 liter turbo (148 hp) dan motor elektrik pada gandar hadapan (114 hp) yang menghasilkan angka output keseluruhan 215 hp.

Pek bateri berkapasiti 13 kWh pula membolehkan pergerakan tanpa pencemaran udara untuk "perjalanan urban yang dekat."

Tidak seperti model konvensional yang mendapat transmisi DSG tujuh kelajuan, versi PHEV hanya mendapat kotak gear DSG enam kelajuan sahaja.

 


Penampilan luarannya merupakan satu rujukan kepada model Transporter T3 1985 terutama sekali layangan warna dua tona yang amat menarik perhatian itu.

VW T7 Multivan 2022 ini membawakan dimensi sepanjang 4,973 mm panjang, 1,941 mm lebar, tinggi 1,903 mm, sementara versi jarak antara roda yang lebih panjang pula sekitar 5,173 mm.

Volkswagen mendakwa Multivan merupakan model yang lebih fleksibel dan lebih luas berbanding model terdahulu, terima kasih kepada sistem tempat duduk modular dan kehadiran meja pelbagai fungsi yang dimuatkan.

Ini bermakna, anda boleh mengalih keluar kelima-lima kerusi di bahagian belakang, sementara tempat duduk baris kedua boleh dipusingkan untuk mencipta susunan tempat duduk yang lebih mesra sosial.

 


Apa yang lebih penting adalah 'pembuangan' konsol tengah bermakna VW T7 Multivan ini tidak lagi mempunyai seleksi pemilihan gear konvensional serta brek tangan fizikal, menjadikan ruang hadapan lebih luas dengan rekaan lantai yang lebih rata.

Ia juga bermakna anda boleh memuatkan barangan sebesar 469 liter sehingga 1,844 liter apabila tempat duduk baris belakang dialih keluar.

 


Ruang hadapan pemandu pula menempatkan roda stereng baharu, skrin kluster instrumen 10.25 inci diikuti dengan skrin infotainmen bersaiz 10 inci yang merupakan ciri standard, diikuti dengan peralatan opsyen seperti paparan head-up dan juga slot pengecasan peranti pintar nirwayar.

Ciri keselamatan yang ada pada MPV T7 Multivan ini merangkumi brek kecemasan automatik, bantuan pengekalan laluan serta pengecaman papan tanda jalan raya.

Untuk tambahan ciri keselamatan, Volkswagen menawarkan pakej IQ.Drive yang menggunakan ciri kawalan jelajah adaptif dan bantuan pengekalan laluan dalam pemanduan semi-autonomi untuk perjalanan jarak jauh.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…