VW T-Roc R - crossover dengan prestasi Golf R, 300 hp, AWD!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beralih kepada segmen yang lebih kecil, Volkswagen turut sama melancarkan VW T-Roc R, crossover prestasi tinggi yang memiliki angka teknikal yang sama seperti sebuah Golf R. 

Hot hatch crossover ini mewarisi enjin TSI EA888 empat silinder sebaris turbo dengan kuasa sekitar 300 hp dan 400 Nm daya kilas memacu keempat-empat roda dengan sistem 4Motion. 
 


Bagi menyalurkan kuasa dengan lebih berkesan, sistem transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan digunakan manakala sistem pemberhentian crossover ini menggunakan khidmat brek Golf R dengan pilihan aksesori Pakej Prestasi. 

Ujian pecutan masa nyata membuktikan crossover Golf R ini mampu mencapai catatan masa 4.9 saat dari 0-100 km/j manakala kelajuan maksimum pula dihadkan kepada 250 km/j. 

Angka yang menakjubkan untuk sebuah SUV. 


Dari segi luaran, elemen-elemen daripada Golf R menghiasi bahagian luaran seperti ruang ambilan udara dengan rekaan agresif, sistem ekzos Akrapovic dengan empat tip di bahagian belakang, rim aloi 18 inci pada keempat-empat sudut tayar dan sistem gantungan yang lebih keras - untuk pengendalian yang lebih jitu. 

Menariknya, para pemilik juga boleh memilih untuk naik taraf kepada roda aloi bersaiz 19 inci!
 


Menurut Volkswagen, model konsep hampir-produksi ini akan mula dipamerkan pada acara Geneva Motor Show bersama-sama abangnya VW Touareg V8 TDI, dan dijangka menembusi pasaran menjelang lewat hujung tahun ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, untuk tidak mengecewakan permintaan ramai, Volkswagen kini hadir dengan sebuah crossover…
Berita Global
Oleh sebab itu, Volkswagen mahu menghasilkan kenderaan elektrik (EV) yang lebih mesra poket dan…