VW siar gambar teaser Arteon facelift - versi shooting brake bakal diperkenalkan!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen telah menyiarkan beberapa keping gambar model facelift sedan premium VW Arteon yang diberitakan pelancaran rasminya dalam bulan ini (24 Jun).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada kemaskini terhadap sedan tersebut, Arteon facelift akan turut disertai oleh pengenalan sebuah lagi model baharu, iaitu versi shooting brake.

Berdasarkan lakaran yang diterbitkan oleh Volkswagen, beberapa perubahan dibawakan pada model tersebut termasuklah rekaan bumper dengan rongga kemasukan udara baharu, rekaan lampu LED yang dikemaskini, serta rekaan gril radiator yang unik.

Sementara model shooting brake pula membawakan garisan bumbung sebuah wagon yang melandai di bahagian belakang.

 


Ruang kabin Arteon sedan dan shooting brake pula bakal didatangkan dengan layout serba baharu dan menggunakan sistem infotainmen terkini MIB3 daripada pengeluar tersebut.

Butiran lanjut masih samar-samar, namun ia diramalkan akan hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 9.2 inci serta skrin kluster instrumen 11.7 inci seperti yang diperlihatkan pada model Volkswagen Passat sebelum ini.

Volkswagen juga turut mengesahkan kehadiran ciri pemanduan semi-autonomi "Travel Assist" yang membenarkan kawalan terhadap stereng, pendikit dan brek di atas lebuhraya pada kelajuan sehingga 209 km/j!

Dari segi kuasa, versi asas Arteon akan menerima nadi 2.0 liter empat silinder sebaris diesel berkuasa 148 hp, manakala versi tertinggi pula didatangkan dengan enjin 2.0 liter petrol berkuasa 268 hp dan dipadankan dengan transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback…
Berita Domestik
Perkara itu tidak lagi mengejutkan dengan kehadiran pelbagai model SUV dari pelbagai jenama yang…