VW perkenal enjin 1.5 TSI evo2 - lebih jimat, ciri nyahaktif silinder ditambahbaik

oleh Mohamad Hanif|
Enjin pembakaran dalaman masih lagi memainkan peranan penting, dan disebabkan itu Volkswagen tidak mahu mengenepikan enjin yang kini menjadi antara nadi utama model kenderaan di bawah kumpulan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Salah satu daripada enjin yang dimaksudkan itu adalah enjin 1.5 TSI evo2 yang dikatakan lebih cekap dan menawarkan kurang emisi berbanding enjin terdahulu, namun seberapa banyak penjimatan itu tidak didedahkan oleh VW.

Enjin empat silinder sebaris 1.5 liter TSI evo2 itu masih lagi menghasilkan kuasa 148 hp yang sama seperti model terdahulu, namun dalam varian plug-in hybrid, kombinasi enjin ini dengan motor elektrik mampu menghasilkan kuasa sehingga 268 hp.

Malah, enjin ini juga direka supaya sesuai dengan bahan api yang mempunyai kandungan yang boleh diperbaharui, seperti contoh gas asli termampat (CNG).

Untuk memastikan enjin ini mampu memenuhi piawaian emisi yang lebih ketat (Euro 7), Volkswagen telah menjalankan beberapa pengubahsuaian, seperti contoh mengalihkan komponen penukar bermangkin dan penapis zarah petrol kepada satu modul kawalan emisi tunggal yang berdekatan dengan enjin.
 

Troc


Perubahan ini berjaya mengurangkan penggunaan bahan logam berharga dalam produksi, dan menjadikan enjin mampu untuk memenuhi standard emisi ketat pada masa akan datang.

Selain itu, sistem pengurusan silinder aktif telah dinaiktaraf menjadi sistem ACTPlus baharu yang membolehkan dua silinder diaktif atau dinyahaktif apabila kuasa penuh tidak diperlukan, dengan fokus untuk menjadikan operasi enjin yang jauh lebih lancar.

Proses pembakaran ketika operasi dua silinder juga turut dioptimasikan dan mampu bertahan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Enjin kitaran Miller ini masih lagi menggunakan proses pembakaran TSI-evo yang sama seperti enjin terdahulu, namun sistem penyejukan kebuk pembakaran telah dioptimasikan dengan lebih baik, selain menampilkan komponen pengecas turbo VTG, sistem pancitan bertekanan tinggi serta omboh yang dilengkapi dengan liang penyejukan terbina.
 

Troc


Thomas Ulbrich selaku salah seorang daripada ahli lembaga pengurusan VW yang bertanggungjawab terhadap pembangunan teknikal berkata, "nadi 1.5 TSI merupakan kunci penting di dalam barisan enjin VW, memandangkan ia menjadi nadi utama untuk banyak model di peringkat global, bermula dari T-Cross hingga Passat Variant.

"Kami berterusan menambahbaik enjin kompak ini yang kini menawarkan manfaat penjimatan bahan api yang lebih baik, serta respon yang lebih dinamik.

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…