VW Passat Variant R-Line Edition - wagon 2,000 unit terhad, pacuan semua roda 4Motion

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Sempena meraikan pengenalan versi facelift Volkswagen Passat baharu untuk versi Eropah dan kejayaan produksi 30 juta unit kenderaan keluarga sehingga kini, Volkswagen dengan bangganya memperkenalkan varian R-Line kepada Passat versi estate/wagon. 
 
Kesemua unit Variant R-Line Edition ini didatangkan dengan pilihan enjin diesel (237 hp) atau petrol (268 hp) yang memacu kesemua empat roda menerusi sistem 4Motion. 
 


Di bahagian luaran, Volkswagen melayangkan warna Moonstone Grey dengan penambahan elemen warna hitam berkilat pada bahagian seperti bumbung, rangka cermin, rangka lampu utama, diffuser belakang, rel bumbung, pelindung cermin sisi dan spoiler bumbung. 

Keempat-empat ruang arca roda dihiasi dengan set rim aloi bersaiz 19 inci, turut didatangkan dengan warna hitam berkilat. 


Menyambut ketibaan pemandu adalah tempat duduk sport yang dibaluti dengan kulit Nappa berkualiti tinggi di bahagian tengah dan kulit karbon pada bolster sisi. 

Estate bersaiz pertengahan edisi terhad ini turut dilengkapi dengan Digital Cockpit, sistem infotainmen dengan ciri integrasi kad SIM bersaiz 9.2 inci selain menawarkan sambungan kepada peranti pintar menerusi Apple CarPlay. 
 


Antara ciri menarik termasuklah penggunaan lampu utama LED Matrix, sistem kamera Area View, sistem kawalan penyerap hentak DCC dan ciri pemanduan semi-autonomi Travel Assist sehingga kelajuan 210 km/j. 

Ciri Travel Assist ini melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang lain seperti sistem pemantauan pejalan kaki Front Assist, Park Assist, sistem penukaran laluan Side Assist, dan Kawalan Pelayaran Adaptif. 
 


VW Passat Variant R-Line Edition akan mula menjengah pasaran Eropah dalam masa dua bulan lagi dengan had produksi sebanyak 2,000 unit sahaja. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ukuran panjang bertambah 14 sentimeter dan 5 sentimeter pada ruang kaki. Ruang bagasi belakang…
Berita Global
Sementara di Eropah pula, sebuah lagi sedan segmen D turut menerima nasib yang serupa di mana…
Berita Global
Sebab di sebalik langkah tersebut disumbangkan oleh angka jualan Passat estate yang jauh lebih…