VW Passat Limited Edition 2022 - versi terakhir Passat, 1973 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran sedan semakin mengecil saban tahun memaksa pengeluar automotif Volkswagen membuat keputusan untuk menghentikan penawaran sedan paling popularnya, VW Passat di Amerika Syarikat selepas model tahun 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Keputusan itu dibuat memandangkan Volkswagen lebih gemar memberikan laluan kepada model yang lebih laku seperti Atlas dan juga crossover elektrik ID.4.

Sebagai memperingati penamatan model Passat di Amerika, VW telah melancarkan Passat Limited Edition yang memberikan penghormatan buat fasiliti Chattanooga, Tennessee yang telah membina Passat sejak tahun 2011 lagi.

 


Perubahan yang dibawakan pada Passat Limited Edition ini merangkumi rim aloi aluminium bersaiz 18 inci yang unik, pelindung cermin sisi hitam, serta tempat duduk yang menampilkan tag "1 of 1973".

Nombor tersebut melambangkan unit Passat Limited Edition yang bakal ditawarkan kepada pengguna serta tahun di mana model Passat pertama dimulakan produksi di Jerman, diikuti dengan tulisan "VW Chattanooga Since 2011".

 


Selain daripada itu, Passat Limited Edition ini dilengkapi dengan pemanas tempat duduk, serta tempat pemegang botol yang menampilkan rekaan peta bandar Chattanooga serta blueprint kilang tersebut.

Sebanyak 411 unit Passat akan dilayangkan warna Aurora Red Metallic dengan warna dalaman Titan Black, sementara 423 unit pula menggunakan warna Racing Green Metallic yang dipadankan dengan warna dalaman Mauro Brown.

524 unit lagi mendapat warna putih Pure White dengan kemasan dalaman Mauro Brown, sementara 615 unit lagi didatangkan dalam warna Platinum Gray Metallic dengan warna dalaman Titan Black.

 


Sebagai makluman, angka-angka yang disebutkan tadi merupakan rujukan kepada perkara berikut:
411 - kod produksi generasi terdahulu Passat
423 - kod kawasan Chattanooga
524 - tarikh di mana kilang Chattanooga dibuka (24 Mei)
615 - enam generasi Passat di Amerika, satu generasi di Chattanooga, lima dekad penjualan Passat di pasaran US

Harga jualan Passat Limited Edition 2022 bermula dari $31,290 (RM132,185) manakala warna Aurora Red pula memerlukan tambahan kos sebanyak $395 (RM1,669).

Dengan pengakhiran hayat Passat, kilang Chattanooga bakal digunakan untuk pemasangan kenderaan elektrik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…