VW mungkin jual Ducati

oleh Careta.my|
ducati
ducati
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kumpulan Volkswagen (VW) berkemungkinan menjual syarikat motosikal premium Ducati sekiranya skandal Dieselgate yang dihadapi kumpulan Jerman itu sekiranya kos tanggungan meningkat. Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan bahawa dua sumber yang tidak mahu dinamakan tetapi sangat "rapat" dengan masalah VW itu berkata penjualan Ducati memang akan membantu dalam menangani kos "penggubalan strategik" jenama itu hasil skandal penipuan data diesel oleh syarikat Jerman dari negara Jerman yang dikatakan mempunyai warganegara yang profesional dan jujur. Volkswagen-I-D-Concept-top-view Peggubalan strategik yang dimaksudkan mungkin pengubahan fokus pelaburan bernilai jutaan Euro dalam projek-projek kenderaan elektrik EV dan perkhidmatan mobility. Menurut salah satu sumber Reuters itu, operasi Ducati menghasilkan sebanyak Euro 100 juta (RM474 juta) setahun (sebelum cukai, faedah pinjam dan lain-lain kos). ducati 1299 panigale superleggera careta Kerana itu VW boleh menjual Ducati dengan nilai Euro 1.5 billion (RM7.1 billion). Ia membeli Ducati pada harga Euro 1.12 billion (RM5.3 billion) daam tahun 2012 dan diletakkan di bawah jenama Audi. VW membeli Ducati dengan nawaitu untuk mendapatkan teknologi enjin-enjin Ducati dan bukannya untuk menyaingi BMW dengan Motorrad mereka. [caption id="attachment_28670" align="aligncenter" width="620"]SONY DSC SONY DSC[/caption] Namun begitu, VW masih tidak lagi dilihat menggunakan apa-apa teknologi atau sebarang perkaitan jenama baik di dalam sukan permotoran atau dalam apa bentuk juga selain dari meletakan motosikal Ducati sebagai hiasan gerai VW atau Audi di pameran kenderaaan antarabangsa. Sama-sama kita nantikan dan nasihat Careta, jangan hamburkan wang simpanan KWSP anda untuk membeli syarikat Ducati kerana syarikat motosikal nasional kita sendiri masih perlu bantuan. ducati-1199-polished-panigale-3