VW Malaysia lancar kempen We Drive Football

oleh Penyumbang Rencana 2|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini mengumumkan kempen terbaharu 'We Drive Football' yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh suku keempat tahun 2022 (Q4 2022).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempen terbaharu ini terbuka kepada semua pemilik VW baharu, di mana mereka boleh menikmati penjimatan sebanyak 10 peratus untuk penukaran barang pakai lusuh seperti penyeka kaca, pembersih cermin hadapan, cakera brek dan juga pelapik brek. 

Selain itu, pemilik VW juga boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk kos penggantian tayar dan bateri di pusat servis Volkswagen yang sah di seluruh negara. 

Segala tawaran ini boleh didapati menerusi aplikasi Volkswagen Cares, di mana pemilik berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif bola sepak Volswagen. 

Menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM berkata, "inisiatif khidmat selepas jualan ini merupakan satu permulaan di dalam kempen We Drive Football, dan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kami akan melancarkan inisiatif terbaharu, serta mengumumkan kerjasama yang mampu menyokong senario sukan bola sepak di peringkat akar umbi di Malaysia. 

Berita Berkenaan

Informasi
Inilah masanya untuk anda mengintai model-model sedan Volkswagen dengan senarai tawaran dan…