VW mahu labur EUR 22.8 bilion (RM 111 bil) dari 2018 - 2022

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen mempunyai cita-cita besar untuk tempoh lima tahun akan datang yang dirangkumi dalam strategi Transform 2025+. Fokus utama adalah pembangunan ke tahap seterusnya untuk pengeluaran modular, kesinambungan pelancaran model-model baharu secara ofensif dan program e-mobiliti.

Untuk tujuan ini, VW yang merupakan jenama teras dalam Kumpulan Volkswagen akan melabur sekitar € 22.8 bilion (RM 111 bilion) di seluruh dunia dari 2018 hingga 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mahu terajui segmen e-mobiliti

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif jenama Volkswagen, Dr. Herbert Dies, "Pakej pelaburan ini akan memberi lonjakan yang kuat kepada program produk dan teknologi ofensif terbesar dalam sejarah VW. Objektif kami ialah untuk meletakkan VW sebagai peneraju segmen kenderaan massa secara mampan dan menerajui segmen e-mobiliti. "

Pelan tindakan

Fokus utama pelaburan besar ini adalah di Jerman, yang akan menerima sejumlah EUR 14 bilion (RM 68.1 bilion).

Salah pelan tindakan utama ialah transformasi kilang Zwickau kepada pusat produksi kenderaan e-mobiliti dengan jumlah pelaburan sekitar EUR 1 bilion (RM 4.86 bilion) .

Pada peringkat pertama, Volkswagen akan menumpukan pengeluaran siri kenderaan elektrik masa depan berdasarkan kit pemacu elektrik modular (modular electric drive kit/MEB) baharu di kilang ini.

Pada tahun 2020, Volkswagen I.D., kenderaan pertama dalam generasi baru kereta elektrik akan dilancarkan di pasaran.

Modular electric drive kit/MEB

 

 

Melalui MEB, Volkswagen mempunyai teknologi yang diperlukan untuk kenderaan emisi sifar pada masa akan datang.

MEB akan membolehkan Volkswagen menawarkan kenderaan elektrik dengan jarak perjalanan antara 400 hingga 600 kilometer, keupayaan mengecas pantas (rapid charging) dan kos faedah keseluruhan yang setara dengan harga kereta diesel.

Di samping itu, MEB akan menjadi produk penting dalam memenuhi sasaran keperluan barisan kenderaan di Eropah dan China dan kemudian di Amerika Syarikat.

Mahu keluarkan kenderaan tujuh penumpang dalam segmen B?

MEB juga akan membolehkan Volkswagen menawarkan kenderaan dari segmen kompak A kepada kenderaan tujuh penumpang dalam segmen B.

Generasi baharu kenderaan elektrik Volkswagen akan menampilkan inovasi yang sebelum ini hanya terdapat pada kereta dalam segmen premium.

Mahu keluarkan sejuta kenderaan elektrik (EV) pada tahun 2025

 

 

Kenderaan generasi baharu Volkswagen akan dilancarkan pada waktu yang hampir sama di Eropah, China dan Amerika Syarikat. Pada tahun 2020, jumlah pengeluaran siri model Volkswagen I.D. dianggarkan sebanyak 100,000 unit manakala sekurang-kurangnya sejuta unit EV Volkswagen dirancang untuk dikeluarkan pada 2025.

Pengeluaran Golf dan Passat pindah ke kilang Wolfsburg dan Emden

Pengeluaran Volkswagen Golf dan Passat di Zwickau akan dipindahkan ke kilang Wolfsburg dan Emden pada masa akan datang.

Volkswagen melabur EUR 2.9 bilion (RM 14.1 bilion) di kilang Wolfsburg untuk menjadikannya pusat pengeluaran Golf generasi akan datang dan perkara berkaitan di kilang itu.

Di Emden, Volkswagen melabur sekitar EUR 1.1 bilion (RM 5.356 bilion) untuk menjadikannya pusat pengeluaran famili Passat pada penghujung 2018.

 

Kilang di serata dunia turut terlibat

Selain itu, kilang pengeluaran kenderaan Volkswagen di serata dunia seperti di Pamplona di Sepanyol, Palmela di Portugal dan Bratislava di Slovakia sedang disiapkan untuk pengeluaran kenderaan MQB selanjutnya.

Projek-projek SUV yang berorientasikan pasaran pula akan dikeluarkan di Mexico, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Rusia.

Untuk kilang Komponen di Jerman, Volkswagen melabur lebih daripada EUR 750 juta (RM 3,652 bilion) di Brunswick, EUR 1.5 bilion (RM 7.3 bilion) di Kassel dan lebih daripada EUR 800 juta (RM 3,896 bilion) di Emden.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…