VW ID.XTREME Concept - SUV elektrik ID.4 GTX dengan elemen rali

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen mengambil kesempatan pada acara perjumpaan kelab pemilik EV Eropah dengan memperlihatkan sebuah model konsep SUV elektrik terbaharu yang diberikan elemen off-road, dinamakan sebagai ID.XTREME.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada ID.4 GTX, ID.EXTREME ini tampil dengan ciri-ciri seperti sistem pacuan semua roda, suspensi yang ditinggikan, pemasangan crash bar, serta talaan semula kepada sistem trenkuasa.
 

ID


ID.XTREME ini dikatakan mampu menghasilkan kuasa setinggi 377 hp, atau 86 hp lebih tinggi berbanding model standard ID.4 GTX.

SUV ranggi ini telah dipasangkan dengan rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar off-road, perlindungan bawah badan aluminium, serta tidak ketinggalan rel bumbung dengan tambahan lampu LED pada bahagian tersebut.
 

ID


Menariknya, ID.XTREME ini menampilkan sistem bunyi pemanduan serba baharu yang boleh didengar menerusi pembesar suara yang dipasang pada bahagian perumah tayar.

Menurut VW, SUV off-road ini dibangunkan menggunakan kenderaan ujian  yang sudah usang, sebelum dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 82 kWh.
 

ID


Tiada sebarang jaminan konsep ini akan direalisasikan menjadi sebuah model produksi sebenar, namun VW sedang mendapatkan maklum balas daripada orang ramai untuk model ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Vinfast VF3 secara asasnya merupakan sebuah SUV elektrik kecil dua pintu dengan rekaan badan yang…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…