VW ID.R leburkan catatan masa NIO EP9 di Nurburgring - 6:05.336!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lupakan seketika kisah tuk-tuk yang berjaya menawan litar Nurburgring tempoh hari yang membosankan itu, kerana kisah yang kami baru terima ini nampaknya lebih pantas dan lebih.. err senyap.

Ini kerana Volkswagen dikatakan telah berjaya memecahkan rekod pusingan terpantas di Litar Neraka Hijau itu mengatasi rekod NIO EP9 dengan catatan masa 6:05.336!

Jentera ID.R yang dikendalikan oleh pelumba Romain Dumas itu berjaya meleburkan catatan masa oleh Peter Dumbreck di dalam NIO EP9 dengan kelebihan 40.564 saat, dan kelajuan purata 206.96 km per jam!
 


Menurut Dumas, "Jentera ID.R sememangnya direka dan dibangunkan khusus untuk menawan Nordschleife, dan prestasinya ketika pecutan dan di selekoh amat menakjubkan.

"Saya berasa amat bangga dapat memecahkan rekod terpantas di litar ini," ujar beliau. 

Ini bukanlah kali pertama ID.R memecahkan rekod terpantas, kerana sebelum ini jentera berkuasa elektrik tersebut berjaya mencatatkan masa 7:57.148 di Pikes Peak International Hill Climb tahun lalu, dan tiga minggu selepas itu di Goodwood Festival of Speed. 
 


Volkswagen ID.R sememangnya telah ditala bagi menguasai litar Nurburgring, seperti pakej aerodinamik yang serba unik bagi memfokuskan kepada kelajuan yang lebih tinggi berbanding menjana daya turun (downforce) maksimum.

ID.R dikuasakan oleh sistem trenkuasa yang merangkumi dua motor elektrik dan kuasa gabungan sekitar 671 kuasa kuda dan daya kilas 650 Nm. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…