VW ID.4 pecah rekod dunia - 56,327 km dalam satu perjalanan keliling US!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk membuktikan bahawa sebuah kenderaan elektrik mampu menggantikan kenderaan konvensional, pasangan Rainer Zietlow dan Derek Collins membuat keputusan untuk membuat satu kerja gila.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Caranya? Buat pusingan satu Amerika Syarikat dengan melawat tidak kurang daripada 628 buah pengedar Volkswagen di seluruh negara dalam satu perjalanan yang berterusan.
 

ID.4


Usaha mereka melakukan perjalanan sejauh 56,327 km selama 100 hari itu berjaya membuahkan hasil apabila diiktiraf oleh Guinness World Record untuk pemanduan paling jauh di dalam satu perjalanan yang berterusan untuk sebuah kereta elektrik bukan berkuasa solar.

Hadiah tersebut disampaikan ketika mereka pulang ke ibu pejabat Volkswagen USA bertempat di Herndon, Virginia.
 

ID.4


Menurut Zietlow, "ia merupakan satu perkara yang hebat apabila dapat berkongsi pengalaman pemanduan ID.4 dengan pelbagai pihak sepanjang perjalanan."

"VW ID.4 bukan sekadar dapat memecahkan rekod, ia juga dapat membuktikan tahap kesediaan infrastruktur pengecasan negara ini yang sebenar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pengguna, Volkswagen membawakan pula sebuah lagi…
Model Terbaharu
Tidak seperti ID.4 standard, Volkswagen ID.4 GTX (lencana lama yang dihidupkan kembali) mendapat…