VW Group pertimbang jenama Jetta untuk pasaran luar China

oleh Mohamad Hanif|
Pengenalan sesebuah jenama baharu boleh dianggap sebagai sebuah percaturan, sama ada menjadi atau tidak bergantung kepada strategi pemasaran yang telah diaturkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lihat sahaja kepada jenama Datsun yang sempat bertahan selama beberapa tahun, itu pun dikritik teruk kerana menghasilkan kenderaan di bawah kualiti yang diharapkan oleh sebuah jenama Jepun.

Lain pula ceritanya dengan Jetta, sebuah jenama baharu yang dibuat khas oleh Volkswagen untuk pasaran China.

Semenjak lapan bulan pengenalannya di negara Tanah Besar tersebut, jenama Jetta telah berjaya menjual kira-kira 81 ribu kenderaan, dan 38 ribu daripadanya berjaya dicapai dalam tempoh Januari sehingga April 2020.

Malah, dalam bulan April 2020 sahaja, jenama tersebut telah berjaya menghantar 13,500 kenderaan kepada pelanggan, atau secara kasarnya satu peratus daripada pasaran China.

Pegangan Jetta di dalam pasaran terus meningkat oleh kerana kebanyakan pelanggannya terdiri daripada golongan muda dan golongan yang sensitif terhadap harga, dan masing-masing mahukan sebuah kereta bagi mengelakkan penularan COVID-19 ketika menggunakan pengangkutan awam.

 


Melihatkan kepada kejayaan ini, Volkswagen Group sedang mempertimbangkan cara untuk memperluaskan jajahan jenama baharu ini merentasi sempadan China.

Menurut presiden Jetta, Harald Mueller memberitahu Automotive News Europe, "permulaan yang memberangsangkan ini berjaya menarik perhatian daripada pasaran lain yang dimasuki oleh Volkswagen."

Pasaran segmen kenderaan aras mula di China kebanyakannya dikuasai oleh pengeluar tempatan seperti Great Wall, Geely, serta beberapa jenama Asia, dan merangkumi kira-kira 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran di China.

Menurut VW lagi, kira-kira 80 peratus pelanggan kenderaan aras mula terdiri daripada pembeli kereta buat kali pertama.

Ketika ini, barisan model Jetta terdiri daripada sedan VA3 (Volkswagen Jetta), serta dua SUV VS5 (SEAT Ateca) dan VS7 (SEAT Tarraco) dan kesemuanya dibina di kilang FAW yang terletak di Chengdu.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua…
Sukan Bermotor
Menerusi acara siaran langsung di YouTube "Dialog with Diess", beliau turut menyatakan Volkswagen…
Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami…