VW Group kini pemilik penuh jenama Audi

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak tahun 1964, Volkwagen sudah pun menguasai sebahagian daripada jenama Audi setelah mendapatkan jenama tersebut daripada Daimler-Benz dengan 50 peratus penguasaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah penguasaan tersebut terus meningkat kepada angka 99.64 peratus, namun langkah terbaharu yang dibuat oleh VW Group bakal menggenapkan angka tersebut kepada pemilikan penuh 100 peratus.

Ini kerana Volkswagen akan 'menghalau' saki baki pegangan minoriti sebanyak 0.36 peratus dengan pembelian premium sebanyak 48 peratus, menurut laporan daripada Automotive News Europe.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Audi, Volkswagen AG mengumumkan penetapan pembayaran tunai untuk dibuat terhadap pemegang kepentingan minoriti sebagai ganti pemindahan saham pada kadar 1,551.53 Euro untuk setiap saham Audi AG.

Dengan kira-kira 152,749 jumlah saham Audi AG yang tertunggak, keseluruhan pembelian akan menelan belanja sekitar 237 juta Euro yang membolehkan penguasaan penuh Volkswagen terhadap Audi.

Pemindahan rasmi pula dijangka akan berlangsung pada mesyuarat umum Audi menjelang bulan Julai atau Ogos nanti.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua…
Sukan Bermotor
Menerusi acara siaran langsung di YouTube "Dialog with Diess", beliau turut menyatakan Volkswagen…
Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami…