VW Group buka pusat pengedaran alat ganti serantau di Tanjung Pelepas

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Group, salah satu daripada pengeluar automotif terkemuka dari Wolfsburg, Jerman, telah menubuhkan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau yang baharu di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volkswagen Group dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan bersama berkata kemudahan yang terletak di lokasi strategik itu bertujuan menyediakan rantaian bekalan alat ganti tulen kepada 21 pasaran di rantau Asia Pasifik.

Dengan fasiliti yang lebih besar iaitu 50,000 meter persegi, pusat tersebut mampu menyimpan lebih banyak alat ganti dan dengan itu menyediakan kecekapan bagi ketersediaan komponen yang lebih baik.

Terdapat 65,000 alat ganti tulen membabitkan pelbagai jenama dalam kumpulan kereta penumpang berkenaan seperti Volkswagen, Audi, ŠKODA termasuk kenderaan komersil keluaran Volkswagen.

“Volkswagen Group sentiasa mengikuti trend penubuhan hab pengedaran global dan serantau di Malaysia oleh syarikat-syarikat dalam industri seperti automotif, sains hayat termasuk peranti perubatan, elektrik dan elektronik, jentera serta peralatan.

''Syarikat-syarikat ini berusaha untuk memanfaatkan lokasi strategik Malaysia serta infrastrukturnya yang cekap dan boleh dipercayai seperti pelabuhan, lapangan terbang serta institusi kewangan, membolehkan mereka meningkatkan kecekapan operasi dan mengoptimumkan kualiti produk termasuk perkhidmatan serta kepantasan bagi pelanggan mereka,'' kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 


Sementara itu, Ketua Jualan Volkswagen Group Dr Christian Dahlheim berkata rantau Asia Pasifik menawarkan banyak potensi pertumbuhan untuk kumpulan itu, terutamanya mengenai e-mobiliti.

''Malaysia menawarkan lokasi berpusat dan bersambung yang paling sempurna serta sesuai dengan rancangan kami untuk mengembangkan jejak kami di rantau ini,'' katanya.

Fasiliti baharu ini menawarkan pengagihan yang lebih baik dan kecekapan dalam pemprosesan. Ia terletak di zon perdagangan bebas dengan sambungan pelabuhan langsung, pemprosesan gudang yang dipertingkatkan sebanyak 15 peratus.   

Kemudahan ini juga disesuaikan dengan keperluan Volkswagen Group, yang mana sistem penyimpanan seperti “paternoster” separa automatik dan lorong sempit menegak dibina untuk ruang gudang yang lebih luas dan pengoptimuman pemprosesan.

 

'
'Pusat Pengedaran Alat Ganti ini sudah pasti akan mengukuhkan rantaian bekalan selepas jualan global kumpulan, satu mercu tanda penting dalam menyediakan penyampaian alat ganti tulen yang lebih baik kepada pelanggan kami di Asia Pasifik.

“Kami gembira dengan kemudahan dan bantuan yang diberikan MIDA untuk melaksanakan projek kami di sini,'' kata Ketua Perkhidmatan Selepas Jualan kumpulan itu, Roman Havlásek.   

Projek kumpulan itu telah dipermudahkan oleh skim Pusat Perdagangan Global (GTC), yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, untuk menggalakkan syarikat multinasional (MNC) dan syarikat tempatan menubuhkan hab pengedaran global serta serantau mereka.

MIDA mengalu-alukan pelaburan seperti Volkswagen Group yang akan mengukuhkan hubungan dalam industri tempatan, mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan meningkatkan kedudukan negara sebagai hab rantaian bekalan global.

Skim GTC adalah skim yang dipertingkatkan, bersifat komprehensif yang menyediakan insentif cukai bagi memudahkan aktiviti import dan eksport serta bertujuan untuk menyokong syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan utama yang menceburi aktiviti perolehan, pengedaran termasuk perdagangan untuk mengukuhkan lagi rantaian bekalan global mereka.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Bahagian Perkhidmatan Perniagaan dan Operasi Serantau di atau www.mida.gov.my.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…
Berita Global
Beberapa syarikat automotif yang berada di Twitter telah bertindak balas terhadap perubahan…