VW Golf R Plus - hot hatch Golf 400 hp paling berkuasa dan paling pantas!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumber gambar: Autocar

Divisyen prestasi Volkswagen R dilaporkan akan membangkitkan semula projek tergendala Golf R Plus bagi memberikan saingan sengit kepada Mercedes-AMG A45 dan Audi RS3.

Jentera hot hatch tersebut bakal menduduki hierarki teratas Golf mendahului model Golf R dan membawakan segala teknologi yang ada pada konsep R400 dan Golf TCR yang dibangunkan oleh Volkswagen Motorsport. 

Walaupun Golf R Plus ini masih belum disahkan melepasi fasa produksi, menurut laman web Autocar ia sudah pun mendapat lampu hijau daripada boss VW itu sendiri, Herbet Diess. 

Menurut sumber dalaman, Volkswagen Golf R Plus ini bakal menjadi hot hatch paling ekstrem dan berkuasa setakat ini, membawakan enjin berkuasa EA888 400 kuasa kuda, pacuan semua roda, pecutan 3.9 saat (0-100 km/j) dan kelajuan tertinggi 280 km/j. 
 


Manakala Golf R pula bakal membawakan enjin baharu yang dibangunkan oleh Audi berkapasiti 2.0 liter dengan kuasa setinggi 320 hp. 

Teknologi mild-hybrid yang bakal melengkapi generasi kelapan Golf GTi juga bakal dipasang pada Golf R Plus. 

Dari segi pengendalian, sistem pacuan semua roda 4Motion pada Golf R Plus ini besar kemungkinan akan digandingkan dengan kunci differential elektronik (EDS) dan ESP multi-stage, termasuklah membawakan mod drift yang turut sama ada pada A45 baharu.

 

Model konsep Volkswagen Golf R400

Sumber: Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Domestik
Ini adalah berdasarkan semakan di laman web rasmi Volkswagen Malaysia di mana model tersebut telah…