VW Golf R MK8.5, facelift terbaharu, 13Hp lebih kuasa

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar kereta Jerman, Volkswagen baharu sahaja melancarkan model facelift 2024 terbaharu bagi model hot hatchback sensasi mereka iaitu Volkswagen Golf R.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Selain dari reka bentuk hatchback, Golf R terbaharu ini turut ditawarkan dengan pilihan reka bentuk wagon yang pasti beri sedikit kelainan pada peminatnya, tambahan pula ia turut terdapat “Black Edition”.

 

golf
MK8.5 2024 Wagon

 

Untuk mengekalkan reka bentuk model sebelum ini, Volkswagen hanya beri sedikit sentuhan dari segi reka bentuk supaya ia tidak membuat model sebelum ini nampak ketinggalan.

 

golf

 

Model facelift ini boleh dilihat perubahan yang dilakukan pada reka bentuk side air curtains yang nampak lebih agresif tambahan pula ia dipadankan dengan lampu hadapan LED yang menyambung dengan bar bercahaya pada gril hadapan.

Kini semua model Golf R dilengkapi dengan lampu hadapan LED Plus sebagai standard dan buat pertama kalinya, R juga mempunyai logo VW bercahaya di bahagian hadapan.

 

golf

 

Perubahan yang dilakukan pada bahagian belakang adalah reka bentuk lampu baharu yang juga pertama kalinya boleh didapati dengan pencahayaan Welcome Lights.

 

golf

 

Manakala untuk model “Performance Package”, terdapat spoiler pada bumbung bahagian belakang yang memberi aliran udara untuk mengoptimumkan downforce kenderaan.

 

golf

 

Golf R ini turut hadir dengan sistem ekzos dengan empat aliran yang melengkapi kemasan diffuser yang nampak kemas bercirikan sporty, dan jika bosan dengan ekzos standard, Akrapovic ada sebagai pilihan.

 

golf

 

Untuk enjin, ia masih dinadikan dengan enjin 2.0 liter empat silinder turbocas, tetapi menerima peningkatan dari segi kuasa output sehingga 13hp menjadikan jumlahnya 333hp dan kuasa tork kekal sama, 420Nm.

 

golf

 

Dengan peningkatan dibuat pada kuasa output itu, ia menjadikan kuasa pecutan lebih pantas dari 0-100km/j hanya dalam 4.6 saat manakala untuk model wagon hanya dalam 4.8 saat.

 

golf
MK8.5 2024 Wagon

 

Ia turut mampu untuk mencapai kelajuan tertinggi sehingga 250km/j, tetapi dengan Performance Package, ia mampu mencapai kelajuan sehingga 270km/j.

 

golf

 

Untuk memberi ciri keunikkan dan estetik, Golf R ini menerima satu set sport-rim tempa 19 inci yang dinamakan "Warmenau", diambil dari sebuah daerah di Wolfsburg.

Apa yang lebih menarik, untuk memberi prestasi yang terbaik, berat bagi setiap satu rim tersebut hanya lapan kilogram, dan ia adalah sekitar 20 peratus lebih ringan daripada rim aloi.

 

golf

 

Tambahan pula, reka bentuk rim tersebut direka untuk meningkatkan kestabilan dan rintangan haus brek dan mengurangkan beban haba pada brek, terutamanya di litar lumba.

Selain itu, sistem suspension telah ditala semula untuk memberi pengalaman pemanduan yang dinamik dari pengurus dinamik pemanduan yang merangkaikan semua sistem yang berkait.

 

golf

 

Dengan pengurus dinamik pemanduan, fungsi elektromekanikal pacuan semua roda, differential lock elektronik dan komponen dinamik sisi damper DCC dikawal dengan cara yang diselaraskan semasa setiap manuver pemanduan.

Ia juga menyepadukan pacuan semua roda 4MOTION dengan R-Performance Torque Vectoring dan buat pertama kalinya, sistem kawalan casis adaptif DCC pilihan sebelum ini kini tersedia sebagai standard di Jerman.

 

golf

 

Golf R terbaharu ini menawarkan profil pemanduan Comfort, Sport, Race dan Individual dan pada Performance Package terdapat mod Special and Drift.

Tambahan juga, bagi pemanduan yang lebih santai, mod pemanduan “Eco” turut disediakan dimana kesemua profil pemanduan telah ditala semula dan profil “R” kini telah dipertingkatkan dengan baik.

 

golf

 

Selain itu, Volkswagen telah buat peningkatan pada bahagian dalaman yang lebih baik berbanding model terdahulu dengan sistem infotainmen generasi terkini lebih besar, paparan free-standing dan navigasi menu baharu.

 

golf

 

Tambahan pula “Digital Cockpit Pro" pada Performance Package telah diperluaskan untuk menyertakan sensor pecutan baharu dan GPS lap timer.

Walaubagaimanapun, pada stereng Golf R ini masih mengekalkan butang kawalan jenis sentuh, oleh kerana tidak pernah ada stereng pelbagai fungsi mekanikal dengan "butang R”, jadi, butang akan terus disentuh dan bukannya ditekan.

 

golf

 

Harga bagi Golf R facelift masih belum dinyatakan lagi, namun menurut khabar pelbagai media, Golf R baharu akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini walaupun prestasinya meningkat.

 

golf

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode “Special” memberikan Golf R talaan yang…
Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Global
Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan…