VW Golf R Mk8 2022 - Golf R paling power!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama ia diacah di laman sosial, serta di Litar Nurburgring, Volkswagen akhirnya secara rasmi melancarkan hot hatch terbaharu mereka, Golf R Mk8 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disifatkan sebagai Golf R paling berkuasa pernah dibina, hot hatch tersebut didatangkan dengan nadi 2.0 liter turbo yang menghasilkan 315 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas dan mampu memecut sepantas 4.7 saat dari 0-96 km/j.

Angka tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 hp daripada model terdahulu, dan para pembeli boleh memilih sistem transmisi manual enam kelajuan atau opsyen DSG tujuh nisbah kelajuan.

 


Sebagai sebuah Golf R, ia didatangkan siap dengan sistem pacuan semua roda 4Motion dengan tetapan yang berbeza.

Ini kerana pada Golf R Mk8 2022 ini, VW telah memasang diff belakang serba baharu, dan berupaya untuk menghantar 100 peratus daya kilas kepada roda apabila mod Drift diaktifkan.

Mod Drift yang dimaksudkan ini merupakan salah sebuah daripada dua mod khas yang boleh ditetapkan dalam mod Race, dan pelengkap kepada mod pemanduan standard seperti Sport, Comfort dan Individual.

 


Sama seperti Golf GTI, talaan turut diberikan kepada sistem suspensi Golf R 2022 ini di mana ia duduk lebih rendah 20 mm berbanding generasi terdahulu, serta dipasang spring 10 peratus yang lebih keras dengan geometri baharu.

Penggunaan subrangka aluminium turut menyumbang kepada penjimatan berat sekitar 3.0 kg.

Dari segi luaran, Golf R Mk8 2022 ini menampilkan rekaan bumper hadapan serba baharu, pemasangan splitter yang diinspirasikan daripada sukan permotoran, serta gril hadapan spesifik dengan elemen hitam berkilat.

Keempat-empat sudut dihiasi dengan rim bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar berprestasi tinggi.

 


Ruang kabin pula banyak membawakan persamaan dari sudut penampilan dan teknologi yang didatangkan seperti contoh skrin sentuh 10 inci, Digital Cockpit dengan kluster instrumen maya dan pad kawalan sentuhan pada roda stereng.

Satu ciri khas untuk Golf R adalah kehadiran butang khas 'R' bagi memudahkan pemandu mengakses secara terus mod pemanduan Race yang disebutkan tadi.

 


Selain daripada itu, ruang kabin Golf R ini dihiasi dengan trim berwarna biru, logo R serba baharu pada tempat duduk, papan pemuka dan roda stereng, serta opsyen balutan kulit Nappa pada tempat duduk.

Setakat ini, harga jualan VW Golf R 2022 masih belum diumumkan, namun ia akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada lewat tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Global
Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan…
Berita Global
Masuk generasi kesembilan, Golf akan berubah menjadi keluarga kereta elektrik sepenuhnya yang akan…