VW Golf R-Line 1.4L TSI terlancar - RM155k - RM165k, guna transmisi Aisin dari Jepun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat Volkswagen Golf sudah boleh menarik nafas lega apabila generasi kelapan akhirnya dilancarkan secara rasmi dan semua persoalan terjawab.

Model Golf yang dipasang secara CKD di Pekan, Pahang untuk kali pertama ini membawa rekabentuk yang menarik dan juga pakej yang dijangka akan membuatkan produk ini lebih mudah untuk dihadam pengguna tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di bawah ialah fakta-fakta yang anda perlu tahu:

1. Harga lebih rendah dari sebelum ini
Golf Mk 7.5 sebelum ini dijual pada harga RM167k, tetapi GOlf Mk8 ini datang dengan harga serendah RM155k.

2. Enjin 1.4L TSI sama
Enjin 1.4L TSI yang sama digunakan, dengan kuasa maksimum 150PS dan daya kilas pada 250Nm. Ini menjanjikan pemanduan yang menyeronokan dan sesuai untuk urban.

3. auf Wiedersehen (selamat tinggal) transmisi DSG
Transmisi DSG kini tidak lagi digunakan untuk Golf R-Line. Sebaliknya, ia menggunakan transmisi automatik biasa 8-kelajuan dari Aisin. Ini pasti membuatkan mereka yang sebelum ini takut dengan isu transmisi DSG lebih yakin dengan Golf.

4. Nampak hampir sama dengan Golf GTI
Varian R-Line memang menggunakan banyak aksesori standard yang menyebabkan Golf 1.4 TSI ini hampir seperti bentuk Golf GTI. Paling kukuh ialah lencana R-Line digantikan dengan huruf R sahaja, menjadikan ada yang menyangka ia adalah sebuah Golf R. Toda aloi 17-inci Valencia digunakan.

 

 

5. Kemasan kabin lagi cantik dari Golf GTI
Kemasan fabrik yang digunakan untuk kabin Golf R-Line memang nampak lebih kemas dan sporti dari abangnya, Golf GTI.

6. Dashboard tak berserabut
Papan pemuka Golf generasi kelapan juga adalah lebih mudah dilihat dan tidak berserabut kerana Volkswagent elah mengurangkan jumlah butang-butang yang ada.

7. Apple CarPlay nirwayar!
Skrin sesentuh 10-inci Discover Media itu menyediakan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa perlu disambungkan dengan kabel ke peranti pintar anda.
Ia juga lengkap dengan tujuh speaker, menjanjikan mutu audio yang lebih padu.

 

 

8. Tidak ada sistem ADAS seperti Myvi
Sistem bantuan pemandu atau ADAS tidak dilengkapkan. Cuma ada sistem keselamatan elektronik biasa seperti enam beg udara, ABS dan ESP. Sayang seribu kali sayang.

9. Lima warna kecuali hijau daun pisang
Lima warna ditawarkan, kelabu Moonstone (solid), merah Kings, biru Atlantic (metallic), hitam Deep dan putih Oryx (pearl).

10. Tiga tahun servis percuma dan waranti tanpa had perbatuan
Untuk yang masih risau, Volkswagen memberikan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, tiga tahun servis percuma dan bantuan kerosakan kecemasan selama lima tahun.

Golf R-Line kini boleh ditempah di mana-mana wakil penjual Volkswagen.  

Di bawah ialah spesifikasi lengkap untuk model Golf R-Line 2022.

/sites/default/files/VW%20Golf%20R-Line%20Spec%20Sheet.pdf

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…